Welcome to our website

Khas untuk Rakan-rakan yang meminati dunia Sukan Memancing

Monday, October 17, 2011

Trip Kapus-kapus [17-10-2011]

[1] Jeti Pak Askan tempat Boat Parking
[2] Pemandangan Lubok Rapayan dari boat

Lawatan Tapak Lagi (16-10-2011)




Lokasi Jeti Tok Kan..

 

First MJ Casting 2011 (Trip 9~10~11)


MJ pertama Casting..Hati punya senang oo..



Orang Kuat KB Caster (Rakan Tegar Casting)

Hot Tiger Juga yang terbaik..

C&R ka atau Dalam Kuali..

Tetap macho bro Neal Caster..Penampilan nampak segak..


Tuesday, December 28, 2010

TRIP HARI NATAL (ODEC UMS) 25.12.2010


Permandangan di ODEC


Tangkapan koleksi Once Ikan ketambak.


Sekali lagi Once menunjukkan taringnya apabila spesis ikan siakap merah menjadi mangsanya....Tahniah bro Once.

Baby GT juga tidak terlepas oleh Otai ni..

Dengan Penuh keriangan Nasir merupa pendatang baru dalam arena ini turut berpuashati walaupun anak ikan yang makan umpannya.."puas hati jugalah katanya.."

...Ada barang hilang ka??...

...Boiey sedang bertakafur sambil memasang umpan...



.. Ada difikir tu...setelah mata kail menyambar tangannya..banyak darah tu....


Sinopsis :

Trip ini telah dirancang seminggu Awal kerana sudah lama tidak turun ke lubok dan ini Trip terakhir di tahun 2010 dan sudah semestinya trip 2011 menanti dengan aksi2 yang lebih ganas lagi.. Nasir, Once, Boiey dan Saya(awg lam) telah bersepakat akan ke Odec UMS iaitu lokasi terlarang dan terpelihara dalam UMS tetapi kerana inginkan kelainan untuk hujung tahun 2010 ini kami nak cuba juga..

Lokasi yang kami pilih semangnya bukan pilihan sepatutnya di jeti oleh kerana jeti dikunci kami hanya dapat melabuhkan kail berdekatan dengan jeti saja. Sudah semestinya hanya berapa ikan saja yang dapat ditangkap selebihnya tidak menjumpai umpan Udang hidup dari sembulan..Antara ikan-ikannya, Baby GT, Ikan Merah(baby), ketambak , pisang2 dan kerapu..Trip ini sehingga 2.oo petang sahaja kerana geng-geng yang lain ada hal masing-masing..

Sunday, November 7, 2010

TRIP SG BINSULUK (23.10.10)

Once dengan Selunsongnya...



Beginila hasil Trip ini dengan beberapa ekor ikan perkasa..


Geng Joran Sabah paling mantop...Saiful @ Otai Selunsong


Otai Paling Berpengalaman...Once..





Pada khamis lepas saya (once) dan rakan2 merancang untuk memancing di sungai benoni. Malangnya masing2 ada masalah… jadi terpaksa lah call kawan (saiful) yang kebetulan baru balik kerja syif malam. Di pendekkan cerita kami berdua bertolak dari pekan papar pada pukul 7.56 am.

Kami tiba di lokasi pukul 8.40 am dan hujan masih berterusan sehingga melemahkan semangat kami untuk memancing. Walau macam mana sekali pun perjuangan tetap diteruskan.
Hanya setelah hujan berhenti barulah umpan pancing kami di bedal. Sementara menunggu ikan merentap pancing kami sempat berbual dengan otai (pacik raman) sg binsuluk. Beliau menceritakan dan menunjukkan kepada kami gambar-gambar pancingan di sungai tersebut..
Rupanya sg.Binsulok masih mempunyai ikan-ikan bersaiz kasar(Mega) terutama selunsung. Dalam keriuhan kami bercerita tiba-tiba pancing saiful di rentap kasar dan akhir nya saiful yang sebelum ini kumpau selunsung dapat menaikan ikan tersebut. Setelah menyedari kehadiran selunsung kami terus memasang sejata yang kedua(pancing).

Air sungai yang sebelum nie berwarna hijau terus berubah menjadi hitam(macam air teh o)di situ lah pancing kami di buli oleh kawanan selunsung..sepanjang kami memancing lebih dari 7 kali ikan selunsung rabut depan mata.

Pancing kami terus dibuli, shock leader yang berkekuatan 30lb ternyata bukan lawanan selunsung. Terpaksa tukar perambut D.A.M berkekuatan 40lb baru lah dapat peluang yang tinggi untuk menaikkan ikan selunsung.

Tiba-tiba kekili Abu Garcia [Cardinal] berdesing,setelah hampir 50M tali sulam (surfix) di rempitkan ikan baru lah ikan tersebut memperlihatkan dirinya sebenar apabila ia membuat lompatan ke udara yang agak menarik.setelah itu baru lah ikan dapat di naikan. Hampir kesemua ikan selunsung yang kami perolehi adalah sama dari segi cara ikan itu makan dan melarikan diri.

Ikan selunsung yang kami dapat itu berskala 1 ke 3kg. mungkin pada hari itu rezeki kami memang ditentukan di mana saya dan saiful masing-masing dapat 3 ekor selunsung. Cuma saya mendapat extra sedikit di mana dapat menaikan ikan ungah,baby kerapu dan baby gumbir.
Setelah air sungai mulai surut baru lah ikan lain menyambar umpan, antaranya ialah siakap merah, baby kerapu dan baby gumbir. Pada pukul 4 petang baru lah kami berinut mulih.
Laporan dan Gambar oleh : ONCE

Tuesday, July 6, 2010

TRIP HUJUNG MINGGU DI TUARAN.(3-4 JULAI 2010)

Wajah-wajah Geng Joran Sabah dari kiri awglam, absan, Once, Hafiz@boi, hizami dan Saiful

Saiful dengan Ikan kerapu seberat 0.7 Kilo yang berjaya dinaikkan di Lokasi pertama(karambunai)..


Hafiz@boi menunggu ikan makan Umpan berperisa Udang hidup..




Once(Campion Joran Sabah) dan Sang Pari seberat 7.4 Kilo yang berjaya dinaikannya di Kg. Batangan Baru Tuaran..


Sinopsis;

Seawal jam 6pagi Geng Joran Sabah(GJS) gabungan Staf UMS dan Staf Jabatan Penjara iatu Once, hafez@boi, absan, saiful(penjara), Awglam dan hizami(Maktab Tuaran) mengatur langkah ke Lokasi pertama di kawasan karambunai(perkuburan) tempat ini memang menarik jika keadaan air pasang pelahan kerana lokasi ini adalah lokasi terbaik Hardy (Owner Blog Tuyan FC) pernah menaikkan Ikan Barucada(4kilo), Ikan putih(2 Kilo), Ikan Merah(1-3kilo) tapi trip kali ini hanya dapat menaikkan ikan kerapu (0.7kilo) dinaikan oleh saiful serta beberapa ekor anak2 ikan sahaja.

Pada Trip berkutnya hanya Once dan Enja(UMS) sahaja ke lokasi Kg. Batangan baru tuaran. Diorang tiba ke lokasi pada pukul 11.00pagi terpaksa menunggu sehingga 5 jam untuk Sang Pari merangut umpan berintikan Ujang hidup tepat jam 4.10petang seberat 7.4 Kilo pari telah dinaikkan oleh Once setelah 30minit bersilat. Keadaan air semasa umpan dibaham air pasang laju. Keadaan sunyi dan sepi bertukar menjadi riuh apabila spool Abu Garcia® SORON STX Series meneriak dilarikan Sang Pari. Hampir separuh tali Sulam(Surfix pro 300m) dengan kekuatan 30LB . Keadaan Rod(Daiwa JF 802HS) hampir membentuk huruf ‘U’ dan keadaan ini sudah cukup untuk bekalan 2 Bulan...

Sunday, May 16, 2010

TRIP BINSULUK, KUALA PENYU (15.05.2010)

Inilah Komando-komando yang telah berjuang habis-habisan di Binsuluk, Kuala Penyu. Walaupun ada diantara mereka yang tidak tidur semalaman kerana kami berangkat ke Daerah Kuala Penyu seawal 5.30pagi dari kota kinabalu. Trip ini terdiri dari 8 orang iaitu Geng UMS(5 orang) dan Geng Jabatan Penjara Sabah(3 orang). Dari sebelah kiri hafiz@boy, caroll(adik hafiz), perez, hasmi@once, man(penjara), saiful(penjara) dan tiada dalam gambar mustaqim(penjara) serta aku(awglam)..

Ikan Sambilang seberat lebih kurang 800gram yang berjaya di tangkap oleh mustaqim merupakan tangkapan pertamanya...


Sembilang lagi oleh man(adik once) sebelum ni dapat menangkap beberapa ekor ikan seperti ikan gelama , pisang-pisang dan beberapa ekor anak-anak ikan di lokasi pertama kami di jeti..

Lagi-lagi Sembilang, rasanya perez hari boleh digelar "Man of the fishing trip kerana selama 2 minggu sebelum ni kami hanya mendapat baby fish saja, Ikan sambilang ini seberat 900gram boleh buat lauk untuk 3 orang..


Caroll(Asenal) dan boy(Chelsea) menunggu santapan ikan kerana katanya ikan sudah SMS dia dalam masa 5 minit dia makan umpan kalau ndak jem la..hehehe


Fuyoo...Besarrr Punyaaa...Akhir c once mendapat ikan yang paling berat dan macho tapi sayang terpaksa dilepaskan kerana tiada sesiapa diantara kami yang sanggup membaham ikan kembung ini...


Hasil tangkapan Jam pertama once dan man kelihatan ikan gelama dan pisang-pisang..

Once lagi...Tahniah dapat ikan pisang-pisang seberat 400gram, pandai juga ikan ani cover ketiak once ..hehehehe jangan marah bro..


Hafiz@Boy bersama saiful diperhatikan oleh perez kalau-kalau ada ikan terkena batu ladung hafiz dan saiful...

Caroll bingung seketika nun jauh disana sambil memikirkan kenapa ikan tak makan umpan...relak ko bro..


Inilah ikan yang paling kecil untuk trip binsuluk yang berjaya ditangkap selama 15 jam di Binsuluk..apa-apapun trip memang baek punyaaa...


Tahniah bro hafiz sebab berjaya menangkap ikan gelama belum cukup umur..hahaha


Sinopsis;

Keseluruhan trip ke binsuluk tidak menghasilkan ikan mega-mega hanya baby fish sahaja disebabkan keadaan muara sungai itu seperti milo ais tambah susu(berkabut) walaubagaimanapun ini tidak mematahkan semangat kami untuk berjuang mendapatkan kepuasan yang maksima..harap-harap next trip akan mengembirakan semua hero-hero yang terlibat..byee..

Sunday, April 25, 2010

TRIP MEMANCING JETI GAYANG FISHING TUARAN(25.04.2010)


Sesi Pengenalan sebelum melontarkan joran kepada pendatang baru dunia Pemancingan hafiz@boy yang begitu minat dalam arena fishing sport ini tetapi masih keliru bagaimana untuk memulakannya..


Perez yang juga merupa pemancing yang pro terkejut apabila joran Hafiz disambar ikan spesis yang tidak diketahui kerana terlepas sebelum sempat dilihat oleh hafiz sendiri.


Senyuman penuh bermakna ni, apa yang difikirkan tu hafiz, balinglah joran tu...hehehhe

Ikan ketambak ini saja yang dapat mengubat rasa rindu apabila hampir 3 bulan tak turun padang walaubagaimanapun tetap memberi semangat kepada kawan-kawan yang lain..


Sinopsis;

Pada hari ahad 25 April 2010 pada pukul 3.oopm sepatutnya janji pukul 2.00pm tetapi saya(awglam) terlelap pula menyebabkan Hafiz dan Perez terpaksa menunggulah hampir sejam walaupun ini kali pertama mereka untuk mengikut trip bersama saya(sorry bro). Perjalanan ke Jeti Gayang Fishing mengambil masa 20minit dari UMS. Keadaan air pada masa itu memang baek punya sebab air pasang slow dan keadaan di jeti tersebut nampaknya ramai orang yang datang awal lagi tetapi itu bukan persoalannya untuk melabuhkan pancing. Tujuan sebenarnya kami ke sini bukan hanya untuk menangkap ikan selunsong, putih dan siakap 7-9 kilo tetapi hanya melepaskan gian memancing dan membiasakan 2 orang rakan baru geng joran sabah iaitu hafiz dan perez supaya terus bersama untuk melebarkan minat dalam arena memancing walau pada trip kali ini tidak ada sebarang ikan yang dinaikkan. Next trip masih ada lagi...Pada pukul 7.30PM kami berangkat balik rumah masing-masing..

Thursday, March 4, 2010

TRIP SEKITAR PULAU LAYANGAN, PAPAR (28.02.2010)














Otai azizi dengan Ikan Cermin yang ditumpaskannya pada trip Pulau Layangan Papar.















Otai Azizi tidak sangka trolling masa balik masuk muara Kinarut mendatangkan hasil seekor Ikan siakap merah merupakan ikan Buruan Otai azizi selala ini..Tahniah Otai..















Ikan Baracuda ...














Ikan Cermin lagi...














Inilah Hasil trip Pulau Layangan pada 28.02.2010 yang diatur oleh Otai azizi dan berapa orang geng yang lain...


Sumber maklumat & Gambar : Otai Azizi

Sunday, February 28, 2010

TRIP BINTUKA (21.02.2010)














Beginilah Hasil Trip Yang di atur oleh Otai Azizi bersama Geng KPN, Sabah di Bintuka pada 21.02.2010...














Boat Station Hj. Kumit. Luas & selesa, Sesiapa yang berminat menyewa boat boleh berhubung terus dengan Hj. Kumit ..
























Bro Sunbath dengan ikan gerut-gerut(pangilan org tempatan)...rasanya ikan yang kedua ni hasil tangkapan bro kita ni...















Macam biasala Otai Azizi Putih aka GT (baby) kalau ndak dapat ikan tidak sah ni trip..














Inilah Ahli komplot Otai azizi trip Bintuka seharian, kelihatan Real Snail Otai Casting Borneo (kakipancing.net). Tahniah kerana Trip Bintuka Sukses dan semoga Trip2 akan datang membawa hasil dan pangalam yang berbeza...


Sumber Maklumat & Gambar : Otai Azizi

Twitter Delicious Facebook Digg Favorites More